Cerita homebirth Nur Hani
Mengandung & melahirkan kali ke-2 mmg pengalaman yg paling seronok! Takkan lupa. Bukan bermakna yg pertama tak best tapi saat pertama kali tu terasa muda sgt dan tak banyak buat persediaan dr segi mental dan fizikal, apatah lagi sering disogokkan : mengandung tu meRIMASkan, bersalin tu SAKIT. Mmg sakit la sbb minda dh set mcm tu, rasa itu yg pertama dan terakhir. Sepanjang pemeriksaan ibu & anak pula asyik kena marah2 je dgn nurse2 di klinik kesihatan, bertambah marah bila sy tolak vaksin, kena soal siasat mcm2 terutama lepas bersalin di hospital, ... Tak salahkan mereka pun sbb mereka cuba buat kerja terbaik. Jadi utk kali ke-2 ni sy cuba elakkan segala sumber2 stress ni dgn membaca bhn2 yg positif, termasuklah slalu berdoa dpt bersalin di rumah ;p Mula2 ckp pd diri sendiri je, kemudian.. terjumpa blog khadeejah hasmad & rentetan dari tu la byk info ttg hypnobirthing sy ketahui. Dari situ jugaklah, dgn muka tebalnya sy beranikan diri bersemuka dgn khadeejah hasmad semata2 nak dgr cerita dia.. hm, mmg ada cara lain yg lebih menenangkan lah! Suami pun ikut sama dan balik je rumah dia sendiri ckp: ‘Ok! Xperlu risau lg, kite bersalin kat rumah ke,dlm kreta ke, hospital ke, no problem.’ Wah confident lebih dia ni, kelas hypno pun tak hadir.. hm, mmg masa tu kelas dh penuh. Bertambah semangat bila balik dari jumpa Nadine Ghows masa perjumpaan support group di earthFood jln ampang (wlwpun sesat barat masa nak dtg tu..haha). Mmg sungguh2 praktikkan teknik pernafasan yg Nadine ajarkan. Sepanjang pregnant kali ni mcm2 aktiviti sy buat (moga2 mudah bersalin).. senaman tua, (biasa org2 silat buat dan kebetulan sama la pula teknik2 pernafasannya), low impact exercise in water.(cikgu Tan dr UPM) amalkan homeopathy dan mcm2 lagi.
Minggu ke-38, contraction sejam sekali. Mak dh suruh kami ke hospital, kami berpandangan. Ok, kita ke hospital dulu.. Sampai di hospital Serdang, lepak2 kat lobi bawah, lepas 2 jam, contraction hilang..fuhh, lega. Minggu ke-40, 3 jun 2012, terasa sakit lagi. Kali ni sejam sekali dari 10pagi hingga ke tgh malam..bertiga je dlm rumah,sy, suami dan anak bersama alunan zikir Hafiz Hamidun ;). Spanjang sakit tu tak timbul pun isu nak ke hospital..ntah la, masing2 diam je, suami pun tak sudah2 hadap buku manual bersalin yg dh lama beli tapi tak pernah buka.(berguna juga akhirnya)bilalah nak bersalin ni..tiap kali rasa sakit dtg, tiap kali tu juga lah senyum2 kambing kat suami. (sdg fokus teknik pernafasan n spy tak stress..) sempat juga main bola sepak dgn si kakak (2tahun 4bulan), main kejar2 keliling rumah. Teruja sgt ni nak baby keluar cepat. Sepanjang malam tak tidur, hingga jam 3 pagi baru terlena, 5.30pagi sakit makin kuat sela masa 2-3minit.. tiap kali gesa dtg tiap kali tu juga suami beri sy secale (homeopathic remedy-mudahkan bukaan).. masa ni jugalah si kakak terbangun. (alamak, kacau je). Suami kunci pintu spy kakak tak kacau (dia mula ajak abah tgk kartun kat laptop, terpaksalah tutup alunan ayat al-quran yg abah pasang dr mlm tadi) menjerit2 dia nak masuk. Kemudian, sy minta suami izinkan dia masuk spy tak bising, nak fokus nih!(nampaknya suami yg makin stress). Azan subuh je, badan menggigil mmg tak boleh bangun dan ada cairan mengalir keluar, mcm darah, suami check, belum ada apa2 bukaan. Minta izin dgn suami utk tak berjemaah dgnnya, sekadar mampu solat hormat waktu atas katil, dah berpeluh satu badan ni.. Jam 8pagi 4jun 2012, cuba mencari posisi yg selesa, bangun tak boleh dah ni, akhirnya sy duduk melutut di hujung katil & try rasa bhgn bwh perut, tekan2 rasa kosong, mmg kosong n kempis je, spatutnya kan penuh sbb kepala baby yg nak keluar patut ada kat situ(buat kesimpulan sendiri je ;p)..cuak dh, suami beri pula pulsatilla (homeopathic remedy-harapan spy posisi baby berada pd posisi yg betul/mengelakkan sbrg komplikasi baby terjerut ) 9.15 pagi : try call Nadine; dgn suara terketar2 sy tanya: what should I do? Lama dh ni tak kuar2 pun, takda bukaan lg (mungkin dh ada bukaan masa ni cuma suami tak check betul2).. Nadine cadang mandi air suam, bykkan zikir, baby akan keluar bila dia dh sedia (mmg betul pun, mak dia je tak sabar2), imagine baby u keluar sihat, borak2 dgn baby (part ni yg best & menenangkan).. suami stress si kakak main lompat2 atas katil sambil tanya mcm2..(dia pelik tgk mak dia peluh2) sekejap2 kakak ambil tuala lap peluh mak dia: ‘mak..mak.., pucing2(pusing menghadap dia)..hm,nap penuh..(lap peluh)’ huhuhu baiknya budak ni. 10.20 pagi 4 jun 2012, terasa benar nak buang air besar, suami ckp dia tak larat nak dukung utk ke bilik air, `buang je kat situ’.. sambil dia gelak2.. adoi buat lawak pulak, tak tahan ni, tarik nafas dalam2 teran sekali (sambil sy imagine baby yg keluar, comellnye.hehe!!), suami trus terjerit : ‘hah! Nampak dah! Tapi dlm sarung, tak dpt nak tarik..licin’ sy pulak jerit :`takyah tarik die.. kan dh ckp, biar dia kuar sendiri..’ haha sempat lagi gaduh2.. teran kali ke-2 (kali ni terlebih kuat pula teran, alamak koyak la..huhuhu)sambil tarik nafas ikut rentak gesaan dan kepala baby keluar sepenuhnya,ketuban pecah, suami hanya pusing kepala baby mengiring ikut arah jam..(buku manual bersalin ada kat sebelah ;p) kemudian terus baby keluar sepenuhnya; Allahuakbar, masyaallah..subhanallah, tgn suami sungguh2 menadah baby yg licin, merengek sekejap je.. baby boy!! Si kakak menjerit ; mak!! Ape tu..ape tu!? Adik awak la. Mmg ada koyak, tp taknak jahit, just sapu calendula ointment insyaallah bleh cantum semula, cuma mungkin berparut je kemudian hari. Rasa nak buang air lagi, beberapa minit kemudian, uri pula melolos keluar, si kakak tiba2 tadah tgn jugak, dia yg sambut uri drpd jatuh,hehe..nak jugak jadi bidan. Seronok sgt kami sampai lupa kena tggu beberapa ketika sblm potong tali pusat. Suami urut & ikat guna dental floss n sy gunting guna snipper(pemotong benang).. sementara suami bersihkan baby n timbang baby guna kitchen digital scale (baby 3.45kg..fuh), sy terus bangun mandi ,makan n minum. Lenguh kaki menahan gigil masih terasa.. baring2 sambil susukan baby baru sambil sms famly n friends teruja maklumkan diorg.. Nadine siap call balik n excited dgn berita ni..terima kasih banyak Nadine. Sy tanya kat suami: abg ok tak (sy nampak dia mcm tak sihat, agaknya mabuk darah).. dia ckp ok n seronok sgt : ‘best! baby ke-3 nanti pun homebirth juga ok’.. suami beri pula arnica (homeopathic remedy-utk trauma luaran dan dalaman lepas bersalin) Minggu pertama lepas bersalin baby sihat alhamdulillah cuma kurang menyusu..sbb? sy seronok sgt main dgn dia masa mula2 keluar, lupa nak terus susukan. Rengat bhgn rahim terasa sakit n masih keras, bengkak susu, minta tlg kakak menyusu semula, Alhamdulillah kakak masih nak menyusu, sempat 4 bulan putus susu sbb susu sikit mass penghujung kehamilan dulu, skrg rezeki dia, dpt susu semula, tandem nursing kakak n adik. Abah dia pula? Seminggu bisa2 satu badan ;p mmg dia mabuk tgk org bersalin ni, tapi buat2 takda masalah. Semangat nak jadi bidan! Alhamdulillah minggu kedua baby dh mula kuat menyusu dan sy pun semakin sihat tak sabar menghabiskan pantang ni! Kesimpulannya, hadir kelas hypnobirthing, support group n persediaan tu sgt penting!minum air byk n jaga nutrisi juga penting.. terasa masih byk kekurangan tapi kami berani2 je homebirth. Sesuatu yg patut difikirkan semula kecuali ilmu & persediaan betul2 cukup. Insyaallah kali ke-3 nanti harap bersalin di rumah juga dan mungkin perlukan doula juga. |