Faeza's beautiful homebirth of her second baby
"Assalamualaikum. 😊
Nama saya Aaesyah As Syaakirah binti Mohd Muzamir. Nama saya bermaksud Hidup Bahagia yang Bersyukur. Saya lahir di rumah pada 5/3/2014 ; 8 30pm. Iaitu 4 hari lewat dari EDD yang telah ditetapkan oleh doktor. Mama kata, mama tahu saya 7 minggu berada dalam perut mama sehari sebelum mama dan abi pergi umrah. AllahuAkhbar mama dan abi yakin saya adalah rezeki walaupun mama masih takut untuk mengandung lagi. Ini semua sebab mama fobia & trauma, mama sangat sakit masa lahirkan kakak Asma' Sofiyyah. Mama kene induce, kene ikat pada katil, tidak boleh pergi tandas, sepanjang sakit masa nak lahirkan kakak, mama kata mama menangis sakit sehingga katil bergegar. Setiap apa yang berlaku ketika itu mama masih ingat sehingga sekarang walaupun umur kakak hampir 5 tahun. Abi kata, abi kasihan kan mama dan abi tak nak mama sakit lagi serta nak mama lahirkan saya secara alami, maka abi cuba cari kelas yang boleh hilangkan perasaan takut dan fobia mama. Abi jumpa kelas aunty WaiHan tetapi kelas aunty WaiHan sudah penuh pada ketika itu. Kemudian, abi dan mama dapat berita yang kawan abi dan mama iaitu aunty Suraida dan aunty Laili lahirkan anak kedua mereka di rumah. Mereka cadangkan pada mama dan abi untuk ambil kelas hypnobirth bersama aunty Nadine. Mama kata, alhamdulillah bersyukur pada Allah, mama dan abi banyak belajar benda baru berkaitan kelahiran yang selama ini mama ambil mudah dan mama serahkan pada doktor untuk buat keputusan. Selama ini mama dan abi ingat kelahiran baby mestilah di hospital dan serahkan segalanya pada doktor dan nurse. Rupanya mama dan abi silap. Ibu bapa ada hak ke atas kelahiran bayi mereka seperti cara bersalin yang selesa (tidak semestinya baring), boleh menolak episiotomy & VE, dan sebagainya. pertama kalinya setelah mengikut kelas hypnobirth, mama mulai faham mengenai gentle & natural birth serta belajar cara pernafasan yang betul untuk kawal surge dan bersalin. Pada awal pregnancy, mama check up di hospital dekat dengan rumah kami iaitu dengan doktor yang sama semasa mama melahirkan kakak. Akan tetapi, mama dan abi ubah fikiran untuk tukar doktor kepada doktor Noorfidak kerana doktor di hospital tersebut tidak support gentle birth. ( how do we know that the doctor doesn't support gentle birth? Actually we asked a few questions related to amniotic fluid and the answer is quite shocked for us. Then we stared each other like we talked using our mind - 'ok sayang, lets change our doctor'😅) Disebabkan hospital yang doktor Noorfidak kerja jauh dari rumah kami, dan hospital pusrawi pula berada di tengah bandar KL, maka mama dan abi terpaksa buat plan A, B dan C. Plan A: jika surge < 4:1:1> antara pukul 9pm ~ 5:30am, abi akan bawa kereta laju seperti kereta lumba sampai ke hospital. Plan B: apa yang perlu mama dan abi prepare jika dalam situasi Plan A dan tiba - tiba mama bersalin dalam kereta. Plan C: apa mama dan abi perlu prepare jika surge <4:1:1> ketika peak hour (orang pergi @ balik kerja) -> homebirth la nampaknya. Mama cerita, pada mulanya mama dalam dilema kerana mama tidak tahu nak bersalin di mana. Hati kecil mama mahu bersalin di rumah sahaja tetapi mama nak juga bersalin di hospital kerana mama takut jika apa-apa yang tidak diingini berlaku semasa melahirkan saya. Lebih-lebih lagi pada ketika itu ada 2 case kematian selepas bersalin di rumah. Walau bagaimanapun, selepas mama dan abi melawat bilik bersalin di hospital pusrawi, perasaan takut dan fobia semasa melahirkan kakak datang balik. Mama kata mama teringat bau hospital dan keadaan bilik bersalin ketika melahirkan kakak dahulu. Jadi, semasa umur saya 38 minggu dalam perut mama, mama ambil keputusan mahu melahirkan saya di rumah. Abi terkejut dengan keputusan mama. Abi terus contact aunty Laili, aunty Suraida, dan sentiasa keep in touch dengan aunty Nadine, aunty Ayuni dan aunty WaiHan mengenai persediaan bersalin di rumah serta perkembangan dan process kelahiran saya. Pada hari jumaat 28/3/2014, mama sakit perut (sebab malam khamis tu mama makan sambal petai banyak sangat 😅), keluar masuk tandas sehingga ade sedikit darah dan lendir pada seluar mama. Mama ingat itu tanda saya nak keluar jumpa mama. Tapi saya masih suka duduk dalam perut mama. Hari ahad 2/3/2014, mama kata atok dan nenek ajak mama, abi dan kakak sarapan pagi di rumah atok nenek. Semasa mama sedang makan di rumah atok dan nenek (dalam pukul 10pagi), saya rasa air yang mengelilingi saya makin kurang. Rupanya air ketuban mama dah pecah. Habis seluar mama basah. Air ketuban keluar banyak ketika itu dan berhenti apabila mama gunakan kaedah 'hypnosis tutup suis' air ketuban dan sejak itu setiap kali air ketuban mengalir keluar mama cuba tutup suis menggunakan kaedah yang sama 😊. Mama ingat saya nak keluar jumpa mama dan abi kerana mama sudah mula rasa sakit tetapi saya masih suka duduk dalam perut mama lagi. Sejak dari hari itu, saya selalu dengar mama cakap mama sayang saya dan mama tak sabar nak jumpa saya. Air yang mengelilingi saya kejap bertambah dan berkurang sebab mama cakap abi paksa mama minum air zamzam (10 liter air zamzam habis dalam masa 4 hari 😆), air kosong banyak sangat lebih kurang 3 liter sehari, air kelapa 5biji dan vitamin C. Mama cakap lagi, mama minum sampai kembung perut mama tetapi sebab kan mama sayang saya mama gagahkan diri untuk minum semua itu. Hari selasa 4/3/2014, saya masih suka duduk dalam perut mama. Tetapi saya rasa macam sudah tidak selesa duduk dalam perut mama sebab air yang mengelilingi semakin kurang serta saya rasa mama active sangat. Mama cakap hari itu abi paksa mama joggingdan berjalan di taman lebih dari 20 pusingan serta jalan itik dari ruang tamu hingga ke dapur lebih kurang 20 pusingan. Pada pagi 5/3/2014; mama kata mama mula rasa sakit yang teramat sangat semasa mama sedang makan soto ayam. Tapi sakit tu mama masih boleh kawal dan rasa sakit tidak seperti sakit semasa melahirkan kakak. Surge sangat kerap dalam 5 minit sekali. Mama kata mama enjoy sebab mama boleh makan, minum, mandi, solat, potong kain sambil mencangkung dan kemas rumah. Selepas asar, mama cakap mama mandi dan tidur dalam bilik air. Mama rasa lega bila air mengalir di belakang badan mama. Mama cakap, sambil mandi mama tidur dan layan surge. Mama tidak keluar dari bilik air sepanjang process melahirkan saya kerana mama rasa sangat selesa dan tenang serta dapat kawal surge ketika berada dalam bilik air. Mama cakap lagi mama rasa seperti sakit sembelit dan hendak buang air besar selepas maghrib iaitu lebih kurang pukul 7.45pm. Mula - mula mama duduk atas toilet bowl kemudian abi suluh dengan lampu suluh (sebab lampu bilik air tutup 😄) dan abi kata abi nampak rambut saya. Abi terus suruh mama duduk dalam posisi yang mama selesa. Mama turun dari toilet bowl dan mama cuba buat posisi squat kemudian mama tukar ke all four dan akhir sekali mama lahirkan saya dalam keadaan sujud. Semasa saya rasa nak keluar dari perut mama, saya dengar abi bagi semangat pada mama. Abi sentiasa cakap abi sayang mama dan saya, Abi nak sangat jumpa saya. Mama kata, semasa saya nak keluar mama tiba - tiba blur dan terlupa nak buat apa apabila abi cakap jangan lupa buat J- breathing. Sehingga mama tahan sebentar saya dari keluar (Hypnosis terganggu bile ade org kacau.😥 .huhu sebab tu la ade sedikit koyak bahagian dalam permukaan miss V . Alhamdulillah baik sendiri). Alhamdulillah sakit mama datang balik dan mama terus buat J -breathing. Dengan sekali nafas kepala saya keluar. Sekali lagi nafas, badan saya keluar. Abi kata, masa saya keluar, Allah tunjuk kekuasaan Nya. MasyaAllah, Abi lihat kepala saya keluar dahulu dan ketika itu saya rasa abi letakkan jari nya pada hidung saya dan saya rasa abi sentuh leher saya. Abi kata, ketika itu saya tidak bernafas dan kepala saya terkulai iaitu muka saya tertunduk ke bawah (tandanya baby lahir dalam keadaan OP) Alhamdulillah tiada tali pusat melilit di leher saya. Kemudian dengan izin Allah saya berpusing sendiri dan terus 'plup' saya keluar dari perut mama dan saya rasa abi pegang saya. Terus saya dengar mama sebut Alhamdulillah dan ketawa dengan abi. Abi letakkan saya pada perut mama dan saya terus cari puting mama dan isap puting mama. Saya dengar mama dan abi sebut masyaAllah. Kemudian saya dengar abi bercakap dalam telefon. Abi kata darah keluar banyak sangat selepas saya keluar. Rupanya Abi called aunty WaiHan. Aunty WaiHan suruh mama duduk atas toilet bowl dan suruh mama batuk untuk keluarkan uri. Alhamdulillah, selepas dua kali batuk, uri keluar dan abi sempat sambut sebelum jatuh ke lubang tandas. Kemudian, Abi balut saya dengan kain batik dan letakkan uri dalam bekas. Selepas itu barulah abi called nenek dan ajak nenek datang rumah tanpa beritahu nenek bahawa saya sudah lahir 😄. Nenek sampai sahaja terus terkejut dan kata dengan nada menjerit "Ya Allah budak ni...apa korang buat ni??" setelah melihat saya sudah ada sebelah mama. 😁 Alhamdulillah. Terima kasih YaAllah kerana mudah kan mama lahirkan saya." P/S: Aaesyah bebas dari segala bahan kimia - unvaccine , tiada injection vitamin K dan ubat titik mata selepas lahir serta tidak kene sedut juga lepas lahir. Semuanya natural. 😊 Alhamdulillah. Kami delayed cord clamping 3jam. Kami tunggu sehingga tali pusat tidak berpintal dan denyutan pada tali pusat berhenti. Tetapi, masih ada sedikit darah semasa potong tali pusat tu dan baby menangis. Mungkin dia terasa sakit. 😢 Next baby kami planning nak water birth & lotus birth pula 😄 |